Image Banner

HADIS KE-29

HADIS KE-29
TIPS ISTIQAMAH SETELAH RAMADHAN: KONSINSTEN MEMBACA AL-QURAN

Daripada Abdullah ibn ‘Amr dia berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “ Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah(bacaanmu) seperti mana kamu mebacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang kamu baca”.
 
(Sunan al-Nasa’i,no :8002)
 
PENGAJARAN HADIS
 
1. Hadis ini adalah satu motivasi buat kita agar tidak meninggalkan bacaan al-Quran setelah tamatnya bulan Ramadan. Ini kerana, kedudukan kita pada hari akhirat nanti dikatakan bergantung kepada ayat yang terakhir kita baca.
 
2. Para sarjana hadis berbeza pendapat ketika menentukan siapakah yang dimaksudkan dengan ahli Quran di dalam hadis ini.
 
3. Menurut al-Imam Ibn Hajar, ahli al-Quran yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah mereka yang menghafal al-Quran.
 
4. Namun menurut Mulla al-Qari, perkara yang penting ialah mereka yang mengamalkan ajaran al-Quran tersebut. Kerana apa gunanya sekiranya membaca dan menghafal al-Quran, tetapi dalam masa yang sama, dia melakukan perkara yang bercanggah dengan al-Quran.
 
5. Oleh yang demikian, selain daripada kita terus konsisten membaca al-Quran, kita hendaklah juga mengamalkan isi kandung al-Quran.
 
29 Ramadan 1445
09 April 2024
LAGI

MAJLIS KHATAM QURAN

24 Ramadan 1445
04 April 2024

MAJLIS KHATAM AL QURAN

Majlis Tahunan Maahad Tahfiz AL Fadhni,
menjadi satu amalan para pelajar kami di sini selepas membaca al Quran daripada awal bulan Ramadan di dalam solat fardhu, Terawih dan Tadarrus hingga akhir sisi persekolahan sebelum cuti Raya Aidilfitri.
Semoga al Quran yang dibaca berserta amalan yang diamalkan sepanjang bulan Ramadan dapat diteruskan hingga ke akhir hayat.

Amin.
LAGI

SUMBANGAN PEMBANGUNAN

JUMAAT MUBARAK
25 Ramadan 1445
5 April 2024
 
Bismillahirrahmanirrahim.
Ramadan Kareem.
Ramadan berbaki beberapa hari saja lagi.
Jom bersama-sama kami berkongsi rezeki dengan Tahfiz Al Fadhni untuk menyiapkan surau dan pembangunan Tahfiz Al Fadhni.
 
"Berbuat baiklah di sisa-sisa Ramadan nescaya di ampuni (kesalahanmu)yg berlalu, maka manfaatkanlah hari-hari yang tersisa, kerana anda tidak tahu bilakah masa meraih rahmat Allah"
 
( Hassan Al Bashri- Hilyah Auliya 11837)
 
Semoga segala kebaikan Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Aamiin2
 
Bank: CIMB
Maahad Tahfiz Al Fadhni Hulu Langat
No akaun : 8605246957
LAGI

PERKEMBANGAN PEMBINAAN TERKINI 2017

Pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni telah bermula seawal bulan November 2011. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif pada pelajar disamping sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa menjadikan pihak sekolah membuat keputusan untuk membina penempatan baru untuk menampung keperluan permintaan. Pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni ini mepunyai 5 peringkat. Sehingga kini peringkat pertama dan kedua telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya diatas sebidang tanah berkeluasan tiga ekar setengah. Bangunan diatas adalah bangunan serbaguna yang telah siap dibina pada bulan 7/2013, dengan harga $RM 700 000. Bangunan diatas adalah sebahagian daripada fasa satu peringkat yang kedua. Semoga pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni ini akan dapat menyumbang kepada pendidikan yang berteraskan al quran kepada anak-anak masyarakat kita. Bagi menampung kapasiti dan permintaan yang tinggi daripada pencinta Al-Quran daripada seluruh Malaysia, kami telah merancang untuk membangunkan Maahad Tahfiz Al Fadhni. Pembinaan ini dibina di atas sebidang tanah berkeluasan tiga ekar setengah di Bt 231/2 Sg Lui.Mengikut pelan pembangunan Al Fadhni, pembinaan ini mempunyai 5 fasa dan akan dilaksanakan secara berperingkat.Dibawah ini adalah keterangan 5 fasa tersebut.:
- Pembelian tanah dan pembinaan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, longkang, pembersihan dan lavelling tanah) berharga $ 815 000 (telah dilaksanakan) - Pembinaan bangunan serbaguna Tahfiz Al Fadhni berharga RM$ 700 000 ( telah dibina).
- Pembinaan kuarters guru sebanyak 6 unit berharga RM$ 760 000 (telah dilbina). - Pembinaan dewan makan dan padang futsal berharga RM$ 75 000.(telah dibina) - Pembinaan Surau dan Dewan Kuliah Al Fadhni sedang giat dijalankan.Bangunan ini terletak di bahagian hadapan sekali dalam struktur susunan bangunan Maahad Tahfiz Al Fadhni.Bangunan ini akan didirikan setinggi 3 tingkat dan berkeluasan 7337 kaki persegi.Bangunan ini dianggarkan sebanyak $850 000 Dibawah ini disertakan sekali gambar pembinaan Surau dan Dewan Kuliah Al Fadhni yang terkini:
Pembinaan fasa 3 belum dilaksanakan . Jangkaan pembinaan fasa 3 akan bermula pada awal tahun 2019.Ia melibatkan pembinaan: 1. Bangunan belajar 4 tingkat. 2. Landscaping keseluruhan kawasan Maahad Tahfiz Al Fadhni Sg Lui Hulu Langat Selangor.
Pembinaan penempatan pelajar perempuan di Bt 20 Sg Gabai Hulu Langat Selangor. Keluasan tanah 3 ekar 1/2.Bangunan yang akan dibina: 1. Bangunan serbaguna pelajar perempuan 2. Dewan Utama dan Blok Pentadbiran. 3. Bangunan asrama dan surau. 4. Bangunan belajar dan padang futsal

LAGI

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (11)

Assalamualaikum wbr.

Setinggi-tinggi pujian saya lafazkan kepada Allah Robbul Jalil yang telah menggerakkan hamba-hambanya dalam melakukan kebaikan. Selawat dan salam kepada junjungan kekasih kita Nabi Muhammad saw, seterusnya kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat rodhiallohuanhum ajmain.

Terima kasih saya ucapkan kepada para penyumbang yang bersama dalam menjayakan pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni Fasa 2 di Sg Lui. Alhamdulillah, peringkat pertama daripada Fasa 2 telah siap dibina.

Peringkat ini telah menelan belanja sebanyak RM1.7 juta. Jumlah tersebut melibatkan pembelian tanah, pembinaan jalan, infrastruktur, levelling dan pembersihan tanah, pemasangan air dan elektrik serta pembinaan bangunan serba-guna.

Bangunan serba-guna yang berharga RM700,000, telah siap dibina. Insya’Allah sekiranya tidak ada aral melintang selepas Raya Haji 2013, pelajar lelaki peringkat menengah akan memulakan pembelajarannya di Sg Lui, ALLOHU ROBBUNA YUSAHHIL… AMIIIN.

Pembinaan Fasa 2 peringkat kedua akan dimulakan insya’Allah selepas Aidilfitri 2013. Pembinaan peringkat kedua ini melibatkan pembinaan lapan unit kuarters guru dan sebuah surau dua tingkat. Pembinaan ini dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Semoga pembinaan peringkat kedua ini akan berjalan lancar.

Kami warga Fadhni memohon doa dari tuan dan puan sekelian agar pembinaan ini berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata kami mengucapkan terima kasih kepada tuan dan puan kerana menyokong perjuangan ini, mudah-mudahan segala amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahuwataala.

Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar bangunan serba-guna yang telah siap dibina.

LAGI

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (10)

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (9)

Perkembanganan Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni 2 (November, 2012)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kekuatan dalam kita melakukan kebaikan.

Selawat dan salam ke atas junjungan mustofa nabi kita, Nabi Muhammad SAW, serta ke atas ahli keluarganya dan para sahabat sekelian.

Perkembangan Fadhni Fasa 2, Alhamdulillah, berjalan dengan baik. Walaupun ada sedikit kelewatan kerana beberapa masalah luar jangka, namun kerja-kerja pembinaan masih lagi diteruskan. Moga Allah memberikan keringanan dan kemudahan dalam usaha ini.

Bayaran bagi tanah sebanyak RM470,000, Alhamdulillah, telah habis dilangsaikan. Sekarang usaha-usaha untuk menyiapkan bangunan sedang giat dijalankan. Bayaran bagi bangunan yang telah kami lepaskan adalah sebanyak RM540,000, daripada bayaran keseluruhannya iaitu RM700,000.

Jadi, bayaran pembinaan bangunan masih lagi berbaki RM160,000. Sekarang pemasangan paip dan pendawaian pada bangunan sedang giat dijalankan.

Insya’Allah hujung tahun ini bangunan serbaguna ini akan siap. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala usaha ini, AMIIIN.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru pembinaan bangunan yang sedang giat dijalankan pada waktu ini.

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner