Pembangunan Al Fadhni Fasa 2-4

Makluman Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni (Sep. 2011)

Pihak kami sekarang sedang membaiki jalan untuk masuk kesekolah Tahfiz Al-Fadhni. Ini bagi membolehkan kenderaan-kenderaan yang membawa bahan binaan boleh masuk dengan selamat.

Anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi membaiki jalan ini adalah sekitar RM35,000/=.

Bagi menjadikan jalan ini selamat untuk dilalui, pihak kami telah merancang untuk melaksanakan langkah di bawah:  

  1. Membuat batu sangkar dengan menggunakan batu gunung di bahagian bawah lereng jalan, setinggi dua tingkat sangkar batu gunung.

#Sepanjang lereng jalan akan diikat dengan batu gunung sekitar 100 meter. Laluan air akan dibuat bagi memastikan jalan boleh bertahan lama kerana kerosakan jalan adalah berpunca dari laluan air yang deras akibat hujan. #Penurapan jalan menggunakan simen konkrit adalah sejauh 500 meter. #Penurapan jalan menggunakan batu pula adalah 500 meter juga.

Kerja-kerja pembaikan jalan masuk (September 2011).

jalan-1

jalan-2

jalan-3

jalan-4

 

Laluan di sini perlu dibaiki dengan segera bagi membolehkan pembinaan surau dan blok-blok asrama dijalankan.

Bagi tuan-puan sekalian yang ingin menyumbang pihak kami amat mengalu-alukanya. Selaras dengan ketetapan syarak, bagi sesiapa yang bertujuan mahu melupuskan wang yang berpunca dari sumber riba, menyalurkannya kepada kerja-kerja pembinaan jalan untuk manfaat awam ini adalah suatu peluang terbaik untuk dimanfaatkan.

Serentak dengan ini pihak kami juga sedang memasang paip yang diambil puncanya dari hulu sungai yang tidah jauh dari kawasan Sekolah Tahfiz Al-Fadhni. Jangkaan perbelanjaan pemasangan paip peringkat permulaan ini sekitar RM15000/=. Berikut adalah gambar-gambar pemasangan paip yang sedang dijalankan.
Kerja-kerja pemasangan paip (September 2011).
Kerja-kerja pemasangan paip.

paip-1

paip-2

paip-3

paip-4

paip-5

 

Kuliah Ustaz Razi

kenali fadhni

Al-Quran

 

Laman Web

googlefacebookgmailtwinyoutube

 

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

Hari Ini160
Yesterday225
This week1202
This month5171
Jumlah Pelawat633148

Saturday, 28 November 2020 17:19

Tentang Al-Fadhni

Sekolah Tahfiz dan Rumah Anak Yatim Al-Fadhni adalah sebuah pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat pendidikan integrasi kepada umum dan pusat pentarbiyahan anak-anak yatim yang berteraskan Al Quran sepenuhnya.

 

Sumbangan di Alu-alukan

  • Terima Kasih atas Sumbangan anda

    No. Akaun : 1276 0000 1451 00 (CIMB) atas nama Wadul Fadhni Management

    Atau No. Akaun : 8600907559 (CIMB) Atas Nama MAAHAD TAHFIZ AL FADHNI

  • 1

Hubungi Sekolah

D/a Masjid Al-aman 

Kg Lembah Jaya Selatan,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  013 2936733
03 4291 4852
  Ampang, Selangor
 
Cawangan Sungai Lui:
Sekolah tahfiz Al-Fadhni
PT5483. kg.Sungai lui, Batu 23 1/2,
Hulu Langat, Selangor