Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (6)

 

Makluman Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni (Feb. 2012)

Pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni kini hampir sampai pada peringkat pembinaan lantai tingkat yang kedua. Bayaran yang telah kami buat setakat ini adalah sebanyak RM190,000/=.

Pada hujung Febuari 2012 pula dijangka bayaran ketiga iaitu sebanyak RM90,000/= akan dilakukan. Kami berdoa pada Allah agar segala usaha ini akan berjalan dengan baik dan lancar. Tidak mampu kami lakukan segala kerja-kerja ini melainkan dengan pertolonganNya.

Barangsiapa dari kalangan tuan dan puan di luar sana yang ingin membantu pembinaan ini bolehlah berbuat demikian dengan menolong mengutip dana melalui resit wakaf yang kami bekalkan pada tuan dan puan sekelian. Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni yang terkini.

Kerja-kerja pembinaan terkini (Februari 2012).
 

 

 

 


SEMOGA SEGALA USAHA INI AKAN MENDAPAT KEREDHA’AN DARI ALLAH S.W.T AMIIIN

 

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (5)

 

Makluman Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni (Nov. 2011)

Alhamdulillah, pembinaan bangunan Sekolah Tahfiz Al-Fadhni Fasa 2 telah bermula. Pembinaan telah dimulakan pada Hari Raya Aidiladha yang ketiga baru-baru ini (Nov. 2011).

Pada peringkat awal pihak kami berhasrat untuk membina bangunan surau dahulu, tetapi memandangkan keutamaan keperluan, maka pihak kami memutuskan untuk membina bangunan serbaguna dua tingkat berbentuk ‘L’ dahulu. Keluasan bangunan ini ialah 14000 kaki persegi. Harga bangunan ini ialah RM700,000/=.

Pembinaan surau akan dibuat selepas pembinaan bangunan serbaguna ini siap. Di bawah ini kami sertakan beberapa gambar pembinaan bangunan serbaguna yang ketika ini sedang giat dijalankan.


Kerja-kerja pembinaan bangunan serbaguna (November 2011).
 
 
 
 


 

Bagi pembinaan foating, beam dan lantai bahagian bawah, pihak kami telah membayar RM100,000 kepada pihak kontraktor. Bayaran RM100,000 berikutnya akan dibayar pada pertengahan bulan Disember 2011.

Maklumat sebutharga dan perjanjian dengan pihak kontraktor pembinaan boleh dirujuk pada pautan ini: dokumen sebutharga

 

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (3)

Peringkat kedua (belum dilaksanakan lagi)

Fasa 2 akan dimulakan pada bulan 9 iaitu selepas Aidilfitri 2011.

Pembinaan bangunan:

  1. Bangunan surau
  2. Bangunan blok-blok asrama
  • Bangunan Surau

Bangunan surau adalah keutamaan yang pertama dalam pembinaan bangunan pada fasa kedua ini.Berikut adalah gambar ilustrasi dan angggaran kos pembinaan bangunan surau
       

perancanganfoto-5-surau

 

Bangunan surau adalah keutamaan yang pertama dalam pembinaan bangunan pada fasa kedua ini.Berikut adalah gambar ilustrasi dan angggaran kos pembinaan bangunan surau.
Anggaran kos pembinaan surau:

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2-4

Makluman Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni (Sep. 2011)

Pihak kami sekarang sedang membaiki jalan untuk masuk kesekolah Tahfiz Al-Fadhni. Ini bagi membolehkan kenderaan-kenderaan yang membawa bahan binaan boleh masuk dengan selamat.

Anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi membaiki jalan ini adalah sekitar RM35,000/=.

Bagi menjadikan jalan ini selamat untuk dilalui, pihak kami telah merancang untuk melaksanakan langkah di bawah:  

  1. Membuat batu sangkar dengan menggunakan batu gunung di bahagian bawah lereng jalan, setinggi dua tingkat sangkar batu gunung.

#Sepanjang lereng jalan akan diikat dengan batu gunung sekitar 100 meter. Laluan air akan dibuat bagi memastikan jalan boleh bertahan lama kerana kerosakan jalan adalah berpunca dari laluan air yang deras akibat hujan. #Penurapan jalan menggunakan simen konkrit adalah sejauh 500 meter. #Penurapan jalan menggunakan batu pula adalah 500 meter juga.

Kerja-kerja pembaikan jalan masuk (September 2011).

jalan-1

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (2)

 

Untuk merealisasikan pembinaan Sekolah Tahfiz Al-Fadhni Fasa 2, kami telah membahagikan pembinaan ini kepada tiga peringkat:
Peringkat Pertama:

  1.     Pembelian Tanah
  2.     Pembersihan, penambakan dan pra infra.

Pembelian tanah seluas tiga ekar setengah di Batu 23 Sungai Lui (H.S (M) 04623, PT5438). Harga tanah ialah RM470,000. RM170,000 telah dibayar sebagai pendahuluan. Baki duit tanah yang belum dibayar ialah RM300,000. Baki duit tersebut telah dipersetujui bersama dengan tuan tanah untuk dibayar secara berperingkat dalam tempoh setahun.

Pembersihan dan penambakan tanah telah mula dilakukan dan kesemua kos ini dianggarkan sebanyak RM130,000, termasuk dengan kos pra infra.


Kerja-kerja penambakan dan meratakan tanah mula dijalankan sekitar awal Julai 2011.

perancanganfoto-1

Kuliah Ustaz Razi

kenali fadhni

Al-Quran

 

Laman Web

googlefacebookgmailtwinyoutube

 

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

Hari Ini203
Yesterday449
This week1549
This month652
Jumlah Pelawat555639

Thursday, 02 April 2020 12:22

Tentang Al-Fadhni

Sekolah Tahfiz dan Rumah Anak Yatim Al-Fadhni adalah sebuah pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat pendidikan integrasi kepada umum dan pusat pentarbiyahan anak-anak yatim yang berteraskan Al Quran sepenuhnya.

 

Sumbangan di Alu-alukan

  • Terima Kasih atas Sumbangan anda

    No. Akaun : 1276 0000 1451 00 (CIMB) atas nama Wadul Fadhni Management

    Atau No. Akaun : 8600907559 (CIMB) Atas Nama MAAHAD TAHFIZ AL FADHNI

  • 1

Hubungi Sekolah

D/a Masjid Al-aman 

Kg Lembah Jaya Selatan,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  013 2936733
03 4291 4852
  Ampang, Selangor
 
Cawangan Sungai Lui:
Sekolah tahfiz Al-Fadhni
PT5483. kg.Sungai lui, Batu 23 1/2,
Hulu Langat, Selangor