Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (11)

 

Maahad Tahfiz Fadhni Fasa 2 Mulai Digunakan (Ogos, 2013)

Alhamdulillah, bangunan serbaguna Tahfiz Fadhni telah dapat disiapkan.

Terima kasih kepada para sahabat, tuan dan puan di atas sokongan yang diberikan; sama ada daripada segi sokongan moral atau material.

Allah saja yang dapat membalas jasa baik tuan-puan sekelian.

Bangunan ini telah digunakan bermula dari bulan Ogos 2013. Sudah empat bulan kami menggunakan bangunan ini dan alhamdulillah, pelajar dapat belajar dengan keadaan yang lebih baik dan kondusif.

Kami juga telah membina dewan makan bagi kegunaan pelajar. Dewan makan ini boleh menampung 200 pelajar dalam satu-satu masa.

Di bawah ini kami sertakan beberapa gambar bangunan serbaguna dan dewan makan yang telah disiapkan.

Tahfiz Al Fadhni 2 Mula digunakan.(Ogos 2013).
 

 

 

 

 

 

 

 

 


Bagi memastikan kesinambungan pembelajaran anak-anak pelajar, maka kami membuat keputusan untuk membina sebanyak 6 unit rumah guru. Ini adalah penting supaya guru dapat memantau anak-anak pelajar dengan lebih dekat.

Untuk pengetahuan tuan dan puan sekelian program pelajar tahfiz berjalan 24 jam sehari. Maka dengan adanya pemantauan dari guru dengan jarak yang lebih dekat, ia akan dapat memastikan keberkesanan pembelajaran anak-anak tahfiz berkenaan.

Sekiranya tiada aral melintang pihak kami akan memulakan pembinaan kuarters ini pada awal bulan Febuari 2014. Kami menjangkakan pembinaan kuarters guru ini akan menelan belanja sebanyak RM450,000.00.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari tuan dan puan sekelian. Semoga segala amalan kita akan diterima oleh Allah.

Kemaskini oleh Ustaz M Razi bin Asror (Januari 2014)

 

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (10)

 

Kerja Pembinaan Peringkat Pertama Fadhni Fasa 2 Selesai (Julai, 2013)

 

Assalamualaikum wbr.

Setinggi-tinggi pujian saya lafazkan kepada Allah Robbul Jalil yang telah menggerakkan hamba-hambanya dalam melakukan kebaikan. Selawat dan salam kepada junjungan kekasih kita Nabi Muhammad saw, seterusnya kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat rodhiallohuanhum ajmain.

Terima kasih saya ucapkan kepada para penyumbang yang bersama dalam menjayakan pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni Fasa 2 di Sg Lui. Alhamdulillah, peringkat pertama daripada Fasa 2 telah siap dibina.

Peringkat ini telah menelan belanja sebanyak RM1.7 juta. Jumlah tersebut melibatkan pembelian tanah, pembinaan jalan, infrastruktur, levelling dan pembersihan tanah, pemasangan air dan elektrik serta pembinaan bangunan serba-guna.

Bangunan serba-guna yang berharga RM700,000, telah siap dibina. Insya’Allah sekiranya tidak ada aral melintang selepas Raya Haji 2013, pelajar lelaki peringkat menengah akan memulakan pembelajarannya di Sg Lui, ALLOHU ROBBUNA YUSAHHILAMIIIN.

Pembinaan Fasa 2 peringkat kedua akan dimulakan insya’Allah selepas Aidilfitri 2013. Pembinaan peringkat kedua ini melibatkan pembinaan lapan unit kuarters guru dan sebuah surau dua tingkat. Pembinaan ini dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Semoga pembinaan peringkat kedua ini akan berjalan lancar.

Kami warga Fadhni memohon doa dari tuan dan puan sekelian agar pembinaan ini berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata kami mengucapkan terima kasih kepada tuan dan puan kerana menyokong perjuangan ini, mudah-mudahan segala amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahuwataala.

Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar bangunan serba-guna yang telah siap dibina.

Bangunan Serba-guna siap dibina (Julai 2013).

 

 

 

 


 

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (8)

 

Perkembanganan Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni 2 (Julai, 2012)

Alhamdulillah, pembinaan bangunan serbaguna Sekolah Tahfiz Al Fadhni berjalan dengan baik.Terima kasih diucapkan kepada tuan puan yang membantu dalam pembinaan sekolah tahfiz ini. Allah saja yang dapat membalas jasa baik tuan dan puan sekelian.

Bayaran bangunan sebanyak RM330,000 daripada RM700,000 telah kami bayar pada pihak kontraktor. Ini menjadikan baki bayaran bangunan yang belum dibayar adalah sebanyak RM370,000.

Peringkat pembinaan sekarang sudah mencapai hampir 50%. Kami minta doa daripada tuan dan puan sekelian agar projek ini berjalan dengan baik dan lancar.

Bagi bayaran tanah pula, kami telah membayar RM390,000 daripada harga keseluruhannya, iaitu RM470,000. Ini menjadikan baki bayaran tanah yang belum dibayar adalah sebanyak RM80,000 sahaja.

Sekali lagi kami ucapkan terima kasih pada tuan-tuan dan puan-puan diatas sumbangan yang telah di berikan. Semoga Allah membalas dan mengira segala amalan kita sebagai amalan yang soleh dan bermanfaat pada kita didunia dan akhirat.

Akhir kata saya minta doa dari tuan dan puan sekelian agar dimudahkan segala urusan pembinaan sekolah tahfiz Al Fadhni ini. Tidak mampu kami lakukan segala usaha ini melainkan dengan pertolongan Allah. Semoga dengan doa dari tuan dan puan sekelian segala urusan pembinaan sekolah tahfiz ini dapat dipermudahkan lagi.

Amin.

Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar bangunan yang ketika ini sedang dibuat.

Kerja-kerja pembinaan terkini (Julai 2012).

 

 

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (9)

 

Perkembanganan Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni 2 (November, 2012)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kekuatan dalam kita melakukan kebaikan.

Selawat dan salam ke atas junjungan mustofa nabi kita, Nabi Muhammad SAW, serta ke atas ahli keluarganya dan para sahabat sekelian.

Perkembangan Fadhni Fasa 2, Alhamdulillah, berjalan dengan baik. Walaupun ada sedikit kelewatan kerana beberapa masalah luar jangka, namun kerja-kerja pembinaan masih lagi diteruskan. Moga Allah memberikan keringanan dan kemudahan dalam usaha ini.

Bayaran bagi tanah sebanyak RM470,000, Alhamdulillah, telah habis dilangsaikan. Sekarang usaha-usaha untuk menyiapkan bangunan sedang giat dijalankan. Bayaran bagi bangunan yang telah kami lepaskan adalah sebanyak RM540,000, daripada bayaran keseluruhannya iaitu RM700,000.

Jadi, bayaran pembinaan bangunan masih lagi berbaki RM160,000. Sekarang pemasangan paip dan pendawaian pada bangunan sedang giat dijalankan.

Insya’Allah hujung tahun ini bangunan serbaguna ini akan siap. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala usaha ini, AMIIIN.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru pembinaan bangunan yang sedang giat dijalankan pada waktu ini.

 

Kerja-kerja pembinaan terkini (November 2012).

 
 

 

Pembangunan Al Fadhni Fasa 2 (7)

 

Makluman Terkini Pembinaan Tahfiz Al Fadhni (April, 2012)

Sejuta penghargaan kami ucapkan kepada tuan dan puan sekalian yang banyak membantu kami dalam menjayakan pembinaan Sekolah Tahfiz Al Fadhni Fasa Dua. Allah saja yang dapat membalas jasa baik tuan dan puan semua. Semoga segala amalan kita diiktiraf oleh Allah Taala sebagai amalan yang soleh.

Perkembangan pembinaan sekarang, kami telah mula membina tingkat yang kedua. Kerja-kerja mengkonkrit lantai tingkat kedua sedang giat dijalankan. Pembinaan tiang dan dinding untuk tingkat yang kedua akan dilakukan selepas itu. Setakat ini pembayaran yang telah kami lakukan pada pihak kontraktor yang membina bangunan ini adalah sebanyak RM260,000 (Dua Ratus Enam Puluh Ribu) daripada RM700,000 (Tujuh Ratus Ribu), iaitu harga keseluruhan bagi bangunan serbaguna dua tingkat yang sedang diusahakan.

Mengikut jadual, kami sepatutnya membayar RM20,000 lagi pada 22.3.2012 yang lepas, tetapi disebabkan kekurangan dana, maka kami terpaksa menangguhkan dulu pembayaran tersebut.

Bagi perkembangan pembayaran tanah pula pihak kami telah membayar RM340,000 (Tiga Ratus Empat Puluh Ribu) daripada RM470,000 ( Empat Ratus Tujuh Puluh Ribu), iaitu harga keseluruhan tanah tersebut. Baki yang belum dibayar adalah sebanyak RM130,000 (Seratus Tiga puluh Ribu).

Selepas pembinaan bangunan serbaguna dua tingkat ini selesai, pihak kami berhasrat untuk membina bangunan surau yang berharga RM350,000 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu). Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada bangunan serbaguna dua tingkat ini untuk disiapkan dahulu.

Di bawah ini kami sertakan gambar pembinaan bangunan dua tingkat yang sedang giat dijalankan:

Kerja-kerja pembinaan terkini (April 2012).
 

 

 

 

 

 


SEMOGA SEGALA USAHA INI AKAN MENDAPAT KEREDHA’AN DARI ALLAH S.W.T AMIIIN

 

Kuliah Ustaz Razi

kenali fadhni

Al-Quran

 

Laman Web

googlefacebookgmailtwinyoutube

 

Waktu Solat

Maklumat Pengunjung

Hari Ini195
Yesterday449
This week1541
This month644
Jumlah Pelawat555631

Thursday, 02 April 2020 11:57

Tentang Al-Fadhni

Sekolah Tahfiz dan Rumah Anak Yatim Al-Fadhni adalah sebuah pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat pendidikan integrasi kepada umum dan pusat pentarbiyahan anak-anak yatim yang berteraskan Al Quran sepenuhnya.

 

Sumbangan di Alu-alukan

  • Terima Kasih atas Sumbangan anda

    No. Akaun : 1276 0000 1451 00 (CIMB) atas nama Wadul Fadhni Management

    Atau No. Akaun : 8600907559 (CIMB) Atas Nama MAAHAD TAHFIZ AL FADHNI

  • 1

Hubungi Sekolah

D/a Masjid Al-aman 

Kg Lembah Jaya Selatan,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  013 2936733
03 4291 4852
  Ampang, Selangor
 
Cawangan Sungai Lui:
Sekolah tahfiz Al-Fadhni
PT5483. kg.Sungai lui, Batu 23 1/2,
Hulu Langat, Selangor