Image Banner

PERTANDINGAN AL QURAN KARNIVAL MAULIDUR RASUL

🌙 KARNIVAL MAULIDUR RASUL 1448H 🌙
📍 Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama
📅 Selasa, 25 Ogos 2026
 
Alhamdulillah, pelajar Maahad Tahfiz Al Fadhni telah dihantar bagi menyertai Pertandingan Musabaqah Hafazan (1–10 Juzuk) sempena Karnival Maulidur Rasul 1448H.
🏆 PENCAPAIAN PELAJAR AL FADHNI
🥇 Johan Lelaki — Muhammad Al-Amin
🥇 Johan Perempuan — Nurul Syafiqa Syafia
🥈 Naib Johan — Nusaibah
🥉 Tempat Ketiga — Nurul Asyiqin
Tahniah dan syabas buat semua anak-anak Al Fadhni! ✨ Penyertaan ini bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi menjadi ruang untuk menguji kekuatan hafazan, kelancaran bacaan dan membina keyakinan diri.
Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa dan penjaga atas doa, sokongan dan dorongan yang diberikan. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus memperkukuhkan hafazan dan berani melangkah lebih jauh. 🤲🏻
🌹 Tahniah anak-anak Al Fadhni! Teruskan menghafaz, teruskan berusaha dan teruskan melangkah! 🌹
LAGI

SARINGAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2026

Seramai 8 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Fadhni menyertai Saringan Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran peringkat daerah Hulu Langat.

Tahniah diucapkan kepada seorang pelajar bernama Nusaibah binti Muhammad Hakime yang terpilih ke peringkat seterusnya dalam kategori hafazan 1-10 juz. Tahniah juga kepada semua anak-anak yang berjaya memberanikan diri dalam menyertai program ini. Moga Allah terus menjaga Al-Quran dalam setiap anak-anak Al-Fadhni🤲🏻

LAGI

*SEMINAR MENGHADAPI SPM*

*SEMINAR MENGHADAPI SPM*
Alhamdulilah,
Pelajar Fast Track SPM Maahad Tahfiz al-Fadhni, Telah mengikuti Seminar selama dua hari, dalam Subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan al-Quran dan as sunnah dan pendidikan syariah, yang diadakan di KPTM Bangi pada hari Sabtu 12/10 dan di KOMTA Hulu Langat pada hari Ahad 13/10. demi memantapkan ilmu dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung ujian lisan bahasa Arab pada 15/10 ini.
Terima kasih pihak Akademik Lembah Ilmu dan cikgu Naimah selaku pengetua (AKLI) yang membuka peluang kepada Pelajar kami.
Sama-sama kita doakan semoga Allah memberkati semua pelajar serta permudahkan semua urusan mereka dalam menghadapi semua ujian demi mencapai redha Allah.
Amin.
LAGI

SUMBANGAN PEMBANGUNAN

JUMAAT MUBARAK
25 Ramadan 1445
5 April 2024
 
Bismillahirrahmanirrahim.
Ramadan Kareem.
Ramadan berbaki beberapa hari saja lagi.
Jom bersama-sama kami berkongsi rezeki dengan Tahfiz Al Fadhni untuk menyiapkan surau dan pembangunan Tahfiz Al Fadhni.
 
"Berbuat baiklah di sisa-sisa Ramadan nescaya di ampuni (kesalahanmu)yg berlalu, maka manfaatkanlah hari-hari yang tersisa, kerana anda tidak tahu bilakah masa meraih rahmat Allah"
 
( Hassan Al Bashri- Hilyah Auliya 11837)
 
Semoga segala kebaikan Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Aamiin2
 
Bank: CIMB
Maahad Tahfiz Al Fadhni Hulu Langat
No akaun : 8605246957
LAGI

PERKEMBANGAN PEMBINAAN TERKINI 2017

Pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni telah bermula seawal bulan November 2011. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif pada pelajar disamping sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa menjadikan pihak sekolah membuat keputusan untuk membina penempatan baru untuk menampung keperluan permintaan. Pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni ini mepunyai 5 peringkat. Sehingga kini peringkat pertama dan kedua telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya diatas sebidang tanah berkeluasan tiga ekar setengah. Bangunan diatas adalah bangunan serbaguna yang telah siap dibina pada bulan 7/2013, dengan harga $RM 700 000. Bangunan diatas adalah sebahagian daripada fasa satu peringkat yang kedua. Semoga pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni ini akan dapat menyumbang kepada pendidikan yang berteraskan al quran kepada anak-anak masyarakat kita. Bagi menampung kapasiti dan permintaan yang tinggi daripada pencinta Al-Quran daripada seluruh Malaysia, kami telah merancang untuk membangunkan Maahad Tahfiz Al Fadhni. Pembinaan ini dibina di atas sebidang tanah berkeluasan tiga ekar setengah di Bt 231/2 Sg Lui.Mengikut pelan pembangunan Al Fadhni, pembinaan ini mempunyai 5 fasa dan akan dilaksanakan secara berperingkat.Dibawah ini adalah keterangan 5 fasa tersebut.:
- Pembelian tanah dan pembinaan infrastruktur asas (air, elektrik, jalan, longkang, pembersihan dan lavelling tanah) berharga $ 815 000 (telah dilaksanakan) - Pembinaan bangunan serbaguna Tahfiz Al Fadhni berharga RM$ 700 000 ( telah dibina).
- Pembinaan kuarters guru sebanyak 6 unit berharga RM$ 760 000 (telah dilbina). - Pembinaan dewan makan dan padang futsal berharga RM$ 75 000.(telah dibina) - Pembinaan Surau dan Dewan Kuliah Al Fadhni sedang giat dijalankan.Bangunan ini terletak di bahagian hadapan sekali dalam struktur susunan bangunan Maahad Tahfiz Al Fadhni.Bangunan ini akan didirikan setinggi 3 tingkat dan berkeluasan 7337 kaki persegi.Bangunan ini dianggarkan sebanyak $850 000 Dibawah ini disertakan sekali gambar pembinaan Surau dan Dewan Kuliah Al Fadhni yang terkini:
Pembinaan fasa 3 belum dilaksanakan . Jangkaan pembinaan fasa 3 akan bermula pada awal tahun 2019.Ia melibatkan pembinaan: 1. Bangunan belajar 4 tingkat. 2. Landscaping keseluruhan kawasan Maahad Tahfiz Al Fadhni Sg Lui Hulu Langat Selangor.
Pembinaan penempatan pelajar perempuan di Bt 20 Sg Gabai Hulu Langat Selangor. Keluasan tanah 3 ekar 1/2.Bangunan yang akan dibina: 1. Bangunan serbaguna pelajar perempuan 2. Dewan Utama dan Blok Pentadbiran. 3. Bangunan asrama dan surau. 4. Bangunan belajar dan padang futsal

LAGI

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (11)

Assalamualaikum wbr.

Setinggi-tinggi pujian saya lafazkan kepada Allah Robbul Jalil yang telah menggerakkan hamba-hambanya dalam melakukan kebaikan. Selawat dan salam kepada junjungan kekasih kita Nabi Muhammad saw, seterusnya kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat rodhiallohuanhum ajmain.

Terima kasih saya ucapkan kepada para penyumbang yang bersama dalam menjayakan pembinaan Maahad Tahfiz Al Fadhni Fasa 2 di Sg Lui. Alhamdulillah, peringkat pertama daripada Fasa 2 telah siap dibina.

Peringkat ini telah menelan belanja sebanyak RM1.7 juta. Jumlah tersebut melibatkan pembelian tanah, pembinaan jalan, infrastruktur, levelling dan pembersihan tanah, pemasangan air dan elektrik serta pembinaan bangunan serba-guna.

Bangunan serba-guna yang berharga RM700,000, telah siap dibina. Insya’Allah sekiranya tidak ada aral melintang selepas Raya Haji 2013, pelajar lelaki peringkat menengah akan memulakan pembelajarannya di Sg Lui, ALLOHU ROBBUNA YUSAHHIL… AMIIIN.

Pembinaan Fasa 2 peringkat kedua akan dimulakan insya’Allah selepas Aidilfitri 2013. Pembinaan peringkat kedua ini melibatkan pembinaan lapan unit kuarters guru dan sebuah surau dua tingkat. Pembinaan ini dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Semoga pembinaan peringkat kedua ini akan berjalan lancar.

Kami warga Fadhni memohon doa dari tuan dan puan sekelian agar pembinaan ini berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata kami mengucapkan terima kasih kepada tuan dan puan kerana menyokong perjuangan ini, mudah-mudahan segala amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahuwataala.

Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar bangunan serba-guna yang telah siap dibina.

LAGI

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (10)

Image News
Image News

Image Banner